Marwa Al-Sherbini Muslimah Mesir Dibunuh Dengan Kejam
DIBUNUH KERANA BERTUDUNG, MENGAPA BERITA INI DITUTUP ?
JENDELA GLOBAL
Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.
Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.
Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.
Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Di ambil dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html
05:31 | 0 Comments
13 HARI DI MALAYSIA

Assalamualaikum
Pada 7/7/2009 jam 4.30 AM berangkatlah aku dan kawan2 seperjuangan ke tanah air tercinta.Alhamdulillah,berkat doa kami semua selamat sampai ke tanah air dengan baik..Perjalanan yg memakan masa hampir 11 jam lamanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar.Setelah hampir 2 tahun setengah rasanya tidak menjejakkan kaki ke malaysia.
8/7/2009 jam 7.30 AM sampailah aku ke kampung halaman.Banyak perubahan berlaku pada rumahku,pendek kata semakin cantiklah.Aku bertolak dari KL ke Kedah dengan kereta abang,Alhamdulillah nasib kakak ku free so dialah yg bawaku pulang ke kampung kalau tidak terpaksa drive kereta sendiri tak pun naik bas jer,huhuhu.
Sepanjang dari tarikh 8/7-17/7/09 aku banyak meluangkan masa bersama kedua ibu bapaku,ke kebun buah,kemas2 rumah dan sebagainyalah.Pada sebelah malamnya aku ke rumah kakak ku mengajar anak2nya bahasa arab(aku taklah pandai mana,ajar yg mampu jerlah).Dari tarikh tu jugalah setiap minggu kakak2 ku pulang meluangkan masa bersamaku.Pendek kata memang seronoklah bila boleh berkumpul ramai2 ahli keluarga macam ni.Tidak kurang juga kawan2 yg datang ziarah.Dendam rindu terhadap anak2 menakan aku lunaskan,hehehe.Habis pipi mereka aku kiss puas..Geram rindu yg terbatas selama ini terhidang di depan mata,so ape lagi habislah seorang2 ku kerjakan yg paling teruk sikecil yg comel2..
17/7-hingga saat ini aku berada di Jitra,Kedah Rumah kakak ku.Pada 18/7 aku ke seminar kejayaan dan rahsia tarikh lahir yg bertempat di KUIN(insaniah)Kedah.Programnya boleh dikatakan best jugalah.Kebanyakkan peserta terdiri berumur 25 tahun ke atas.Aku 22 so diantara kalangan peserta mudalah.!19/7 lepak jer kat rumah akak tapi best sebab time nilah nak sembang2 banyak perkara dan isu dengan akak.20/7 awal2 pagi dah keluar sebab kawan abang ipar nak belanja makan.Pastu ke Kampung abang ipar jumpa keluarganya,Alhamdulillah rezeki murah pagi tu dapatlah duit sikit..hehehe.Lepas zohur hantar anak menakan ke Maktab Mahmud dan ke Bank HSBC masukkan duit pada solih.Sebelah malamnya ada ceramah tentang ISRA' MI'RAJ oleh USTAZ AZIZ HANAFI.Cara syarahannya tentang isra' mi'raj ni lebih kepada tasauf.Menyentuh tentang kepentingan penyucian hati terhadap Allah.Selepas solat i'syak diadakan sedikit kenduri..Pastu bereh...tidur..esok hari menanti.Hari yg lepas perlu dimuhasabahkan,hari yg mendatang perlu direncanakan sebaik mungkin..gogo...
17:23 | 0 Comments
ISRA' DAN MI'RAJ
"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad
s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (maksud ayat 1 s.al-Isra')
Allah s.w.t. telah mengisra'kan (memperjalankan diwaktu malam hari) Nabi Muhammad s.a.w. dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsha artinya masjid yang jauh (di Palistina). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ketempat, ataupun menaiki kuda, keledai, unta dan sebagainya.
Perjalanan dari Makkah ke Palestina mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam
masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang dahulu, perrjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.
Sebabnya belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keledai
ataupun unta yang boleh melakukankannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu telah menjadi perkara biasa, dengan adanya pesawat udara dan kenderaan lain yang laju.
Oleh karena itu mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa ini untuk menjatuhkan nama
baik Nabi Muhammad s.a.w. dengan menuduh Nabi s.a.w. seorang pendusta dan
berbagai tuduhan keji lainnya.
Mereka yang beriman dapat menerimanya karena ia merupakan salah satu
tanda dari kekuasaan Allah s.w.t. yang telah pernah diberikan kepada
Rasul-rasulnya yang lain seperti Nabi Isa a.s. yang dilahirkan dengan
tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata diwaktu bayi, dapat
menyembuhkan orang yang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati
dan sebagainya.
Demikian pula Nabi Musa a.s., tongkatnya dengan kuasa Allah telah menjelma menjadi ular yang besar yang dapat menelan dan mengalahkan ular ahli sihir raja Firaun. Malah Nabi Musa dengan tongkatnya dapat membelah lautan untuk menyelamatkan para pengikutnya dari kejaran Firaun dan bala tenteranya. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah s.w.t.yang telah diberikan kepada para Rasul yang disebutkan dengan mu'jizat dan kepada hambanya yang solih disebutkan
sebagai karamah.
Dalam perjalanannya, Nabi s.a.w. telah ditunjukkan berbagai contoh teladan yang berguna untuk ummat manusia. Antaranya, kepada Nabi s.a.w. telah ditunjukkan seorang tua yang terus menerus menambahkan beban yang sedang dipikulnya. Meskipun ia tak mampu lagi membawanya tapi masih juga menamban beban yang telah banyak itu sehingga menyusahkan dirinya sendiri.
Ini diumpamakan kepada seseorang yang memegang banyak pekerjaaan
yang menjadi tanggung jawabnya. Sehingga tidak ada satupun pekerjaan yang
dapat ditunaikan dengan baik.Tetapi masih juga menerima tugas baru.
Sepatutnya ia hanya menerima tugas yang ia sanggup menyelesaikan dengan
baik. Akan tetapi oleh sifat tamak dan ingin menunjuk-nunjuk atau supaya
populer, masih juga menerima tugas yang dia sendiri tak dapat menunaikan
dengan baik.
Padahal masih ramai orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur, tetapi orang ini tidak diberikan kesempatan tugas itu. Jadi terjadilah ketidak seimbangan yang akan merugikan masyarakat dan negara. Kepada yang seorang memikul banyak sekali tugas dan yang lainya menganggur.
Kepada Rasulallah s.a.w. juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya.
Kepada Nabi s.a.w. juga telah ditunjukkan orang lelaki yang suka memakan makanan yang telah tercemar, telah busuk, sedangkan disampingnya ada makanan yang bersih dan baik, akan tetapi makanan yang bersih dan masih baik ini tidak dijamahnya. Ini diumpamakan kepada lelaki yang suka berzina. Isterinya sendiri tidak diperdulikan, yang menjadi kesukaannya ialah perempuan pelacur, sehingga akhirnya dia mendapat berbagai penyakit kelamin, penyakit AIDS dan sebagainya sehingga menghancurkan kehidupannya malah keluarganya juga turut terkorban, akibat perbuatan kejinya itu.
Masih banyak lagi perumpamaan lainnya, semuanya ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang ditunjukkan kepada Nabi s.a.w. untuk menjadi contoh teladan kepada ummat manusia.
Hasil dari Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w. yang terbesar sekali ialah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t.menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainnya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. ini menunjukkan keistimewaan solat.
Tidak ada alasan bagi siapapun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.
Kecuali jika timbul sesuatu halangan yang memang telah ditakdirkan Allah seperti tidak siuman (gila), kita pingsan, tak sadar diri ataupun lainnya.
Sebelum menunaikan solat kita mesti terlebih dahulu membersihkan diri kita daripada najis dan mengambil air sembahyang. Tempat kita bersujud perlu juga
bersih. Ketika mendirikan solat kita hanya menumpukan seluruh perhatian
kita hanya kepada Allah s.w.t.
peribadi yang sehat rohani dan jasmani. Inilah intisari Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w.
21:02 | 0 Comments
AKHLAK TERPUJI

"JAGALAH DIRIMU DARI PERKARA-PERKARA YANG HARAM NESCAYA ANDA MENJADI MANUSIA YANG PALING 'ABID DAN TERIMALAH DENGAN HATI PENUH KERELAAN AKAN PEMBAHAGIAN YANG TELAH DITENTUKAN ALLAH KEPADA ANDA NESCAYA ANDA AKAN MENJADI MANUSIA YANG PALING KAYA,BERBUDILAH KEPADA JIRAN ANDA,NESCAYA ANDA MENJADI MU'MIN YANG SEBENAR DAN CINTAILAH KEPADA ORANG LAIN APA YANG DICINTAI ANDA UNTUK DIRI SENDIRI,NESCAYA ANDA MENJADI SEORANG MUSLIM YG SEBENAR DAN JANGANLAH BANYAK KETAWA KERANA BANYAK KETAWA ITU AKAN MEMATIKAN HATI.(RIWAYAT OLEH AHMAD DARI ABU HURAIRAH)
Perintah yg terkandung dalam hadis di atas:
1)Menjauhi perkara-perkara yg diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakin,siddiqin,a'bidin dan solihin,seseorang itu perlulah berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan,minuman,perbuatan,tutur kata,pendengaran,penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara2 ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderongan hati.
2)Relakan kurnian dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa,seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat2 qanaah erti kata lain berpada2,sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yg paling kaya di dunia.
3)Hubungan baik sesama jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap muslim haruslah menjalankan hubungan yg baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yg paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yg lain.
4)Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup.Oleh itu setiap muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang itu terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri.Apa yg tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.
5)Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai ubat jiwa.Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa.Barangsiapa banyak ketawa di dunia maka dia akan bnyak menangis(sedih) di akhirat dan barangsiapa banyak menangis di dunia maka dia akan ketawa(gembira) di akhirat.
20:11 | 0 Comments
Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Buta
06:04 | 0 Comments
..:::H!kMaH:::..

Salam sahabat...pernah alami x masalah cmni? Kite mengharapkan suatu tp sukar utk mendapatkanya,sering kali usaha,berdoa namun tidak jua dimiliki apa yg diimpikan..smpai tahap kadang-kadang tu kte rse cm sia-sia je ibadah n doa kte:( Tapi kan hakikatnya sikap ini perlu dikikis dlm diri kte.Kerna yakinlah dengan kata2 Allah dlm surah Al-Baqarah,ayat 216: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukaisesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahu
" p/s: "Andai kau memohon tetapi lambat ditunaikan,usahlah kecewa...Makbul drNya adalah pasti,tetapi dengan cara yang Dia pilih,bukan dengan cara yang kau pilih,dan pada masa yang Dia kehendaki bukan pada masa yang kau kehendaki"
00:57 | 1 Comments
...::C!nTa..c!NtA..C!nTa::...
Assalamualaikum,semoga semua sentiasa dalam rahmat Allah dan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.Kali ni saya paparkan cerita tentang cinta.Dalam asyik membaca berita tetiba rasa tertarik dengan berita ni,so ape lagi copy pastekan jerlah sebagai peringatan diri ini dan juga sahabat2.Inilah bahananya kalau akal yang Allah bagi tak digunakan dengan baik dan betul,nauzubillah.Tak nak cerita panjang so mari layan cerita di bawah ni dan yg paling penting ambil pengajaran..zZaaZzz Layan...
![]() |
| |
KUALA TERENGGANU - Tidak sanggup memenuhi permintaan kekasihnya untuk memutuskan hubungan cinta mereka, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun mahu membunuh diri.
Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam di surau yang terletak di Lorong Haji Da, Jalan Sultan Mahmud dekat sini semalam, remaja lelaki itu mengeluarkan pisau dan diacukan ke leher sendiri.
Tindakan remaja itu dipercayai bagi memaksa kekasihnya yang juga seorang pelajar supaya menarik balik kata-katanya yang mahu memutuskan hubungan mereka.
Kejadian yang berlaku di tepi jalan dan dalam keadaan gelap itu bukan saja menakutkan kekasihnya malah beberapa penduduk kampung yang kebetulan berada di situ.
Remaja itu terlalu agresif dan tidak mengendahkan nasihat orang kampung yang memintanya bertenang dan menyerahkan pisau yang dibawanya.
Ketegangan yang berlangsung hampir sejam itu menarik perhatian kira-kira 50 penduduk kampung keluar menyaksikan 'adegan itu'.
Selepas hilang punca untuk memujuk remaja itu, penduduk kampung terpaksa menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, pihaknya menghantar 10 anggota sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.30 tengah malam.
"Semasa tiba di kampung itu, remaja terbabit masih memegang pisau sepanjang 27 sentimeter.
"Anggota kami memujuk remaja itu supaya bertenang tetapi dia mula bertambah agresif termasuk mahu menyerang anggota polis," kata beliau semasa dihubungi semalam.
Menurut beliau, selepas 45 minit memujuk, remaja itu akhirnya akur melepaskan pisau dan menyerah diri kepada polis.
sumber:kosmo02:30 | 0 Comments
..:::serangan pemikiran demi membaratkan islam:::..
Assalamualaikum sahabat2 semua,semoga sentiasa dalam rahmat Allah selalu.Pertamanya rasa syukur tidak terhingga diri ini kehadrat Allah taala kerana masih berikan nikmat islam dan iman.Kali ini saya rasa terpanggil melontarkan serba sedikit pemahaman saya tentang serangan pemikiran demi membaratkan islam.
Sejarah dunia telah membuktikan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh musuh Allah dalam meniupkan virus2 halus yang mana hal demikian hari demi hari berlakunya kerosakkan pada diri orang2 islam.Antara contoh jelas lagi bersuluh yg boleh saya bawakan Teori pengambilan sistem kufur (infidels system) dalam kehidupan seharian masyarakat islam sehinggalah kepada sistem pentadbiran negara telah menjadi suatu teori pengamalan biasa bahkan perkara ini dianggap sebagai suatu normal yg positif yg perlu dipraktikkan oleh masyarakat islam.
Perkara ini saya fikirkan perlu kepada satu penjelasan yg mendalam kerana masalah menganggap kebenaran sistem yg lain selain islam adalah satu perkara yg boleh memesongkan akidah umat islam khasnya.Dengan demikian,jati diri umat islam seolah2 kehilangan dan pada pendapat saya secara tidak langsung umat islam itu sendiri telah hilang pedoman dalam mendasari kehidupan mengikut aturan yg telah ditetapkan oleh islam itu sendiri.Puncanya akan masalah ini pada hemat saya adalah kerana ketidak fahamannya orang2 islam ke atas islam secara tidak langsung fenomena ini mengakibatkan rapuhnya pegangan umat islam ke atas agama islam,dan kesannya orang2 islam mudah dijangkiti virus2 yg ditiupkan oleh musuh2 Allah ini.Ibarat seseorang yg tiada anti body yg kuat utk melawan penyakit makanya sudah tentu mudah sekali utk dijangkiti.
Di sini saya ingin bawakan sahabat2 melihat sendiri fenomena di Malaysia yg mana penyakit2 ini semakin hari semakin parah.Musuh2 islam ini mampu tersenyum riang tanda kejayaan,mereka tidak perlu bersusah payah utk menghancurkan islam kerana adanya orang2 munafiq dari kalangan islam yg berusaha menghancurkan islam.Antara contoh pertubuhan yg jelas ingin merosakkan islam tapi bertopengkan islam adalah SIS(Sisters in Islam) makanya saya ingin nasihatkan pada sahabat2 berhati2lah dengan pertubuhan ini..Jangan berfikir panjang utk menolak segala pemikiran atau program yg dijalankan oleh pertubuhan2 seperti ini.
Saya ceritakan serba sedikit tentang SIS(sister in islam)SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.Zainah Anwar menjadi pengasas dan ketua SIS yang berfahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan `Enlightment di Eropah beberapa kurun yang lalu.Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis.Hasilnya pembawakan mereka kearah islam liberal.
Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (SIS) telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan al-Quran sudah ketinggalan zaman. Sebagai umat islam sepatutnya kita perlu rasa tersinggung atas penghinaan yg dilakukan oleh SIS ini.Pada hemat saya,SIS ini sejak awal penubuhannya lagi perlu di Haramkan tetapi malangnya mereka berjaya mempengaruhi kepimpinan negara.
Inilah kelemahan orang2 islam kerana kebanyakkan negara2 islam dipimpin oleh individu2 yg rosak imannya.Kesannya boleh dikatakan hampir 70% pintu kejatuhan moral dalam sesebuah negara itu terbuka luas.Pemimpin2 sebegini sebetulnya diajar betul2 dengan kuasa yg ada pada rakyat dalam sesebuah negara itu.Dalam konteks Malaysia saya sarankan pangkahlah parti yg terang2 membawa perjuangan islam bukannya sekadar memperjuangkan bangsa semata2 kerana islam itu diturunkan kepada nabi Muhammad utk semua kaum.Maka "SALAM UKHUWWAH" utk semua.Sesungguhnya islam itu bersaudara.
Akhir kalam,sentiasalah berhati2 dengan segala bentuk muslihat yg dilakukan musuh2 Allah ini.Moga2 kita sentiasa dalam lindungan Allah.Nauzubillah dari perkara2 yg keji sebegitu rupa.Doakan mereka yg tersesat jauh dari islam moga2 beroleh hidayah dari Allah.
19:54 | 0 Comments
...:::QaS!DaH:::...
ZzaaZz Layan....
the song story about the prophet Muhammad SAW
21:24 | 0 Comments














